fbpx

KSN tunggu laporan penuh isu sijil cuti sakit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL AZRI (dua, kanan) melakukan simbolik menandatangani buku lawatan ketika melawat reruai pameran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Program Jelajah Taat Setia Madani peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberitahu pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kes penghasilan dan penjualan sijil cuti sakit palsu yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Kata beliau, setakat ini siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa dan hasil siasatan akan dikemukakan kepadanya dalam masa terdekat.

“Siasatan masih berjalan dan laporan penuh akan diserahkan kepada saya secepat mungkin.

“Kita juga akan meneliti sejauh mana penglibatan penjawat awam dalam perkara ini dan semuanya bergantung pada laporan tersebut nanti,” katanya selepas menghadiri Program Jelajah Taat Setia Madani peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan seorang anggota polis yang kerap mengambil cuti sakit membongkar kegiatan sindiket penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu di daerah Kuala Muda sejak dua tahun lalu.

Sindiket yang didalangi tiga lelaki termasuk pesakit jantung dan bekas deejay itu tumpas selepas polis menyerbu sebuah premis di Taman Songket, di sini pada 26 Jun lalu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI