fbpx

‘Kita manusia, mungkin suatu hari nanti saya yang curang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti hatinya berbolak-balik sekali gus mengkhianati ikrar perkahwinan dengan suami, Dini Schatzmann.

PETALING JAYA – Hanya mampu berdoa, pelakon Janna Nick reda andai rumah tangga yang dibina bersama aktor Dini Schatzman diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, tiada siapa mampu meneka perubahan hati manusia, termasuk suaminya sendiri.

“Poligami? Kalau ada yang cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan. Hati manusia ini Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak-balik.

“Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang,” katanya dalam TikTok.

Pun begitu, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu berkata, kecurangan bukan isu yang wajar diletakkan atas bahu lelaki semata-mata malah wanita juga berpotensi untuk khilaf dalam hubungan rumah tangga.

“Orang selalu kata suami sahaja yang curang. Tapi kita pun manusia. Mungkin suatu hari nanti, saya yang curang.

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Tak adil kalau hanya menuding jari pada satu pihak,” kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keterbukaan Janna yang dianggap cukup matang dan berpijak di bumi nyata.

“Saya suka cara Janna fikir. Tak semua orang mampu cakap benda jujur macam ni,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kadang-kadang kita rasa cinta kuat, tapi manusia berubah. Saya kagum bila dia sendiri cakap ‘saya pun boleh buat salah’,” tulis netizen lain.

“Perempuan macam ni bukan lemah, tapi kuat. Dia bukan takut kehilangan, dia percaya pada takdir,” puji seorang lagi pengguna TikTok.

Untuk rekod, Janna dan Dini selamat bergelar suami isteri pada 10 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI