fbpx

Kelab bola sepak ‘kantoi’ pakai hantu kalahkan lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkal kuning yang diletakkan di bilik persalinan Shanxi menyebut bahawa pasukan itu akan gagal. - SCMP

BEIJING – Sebuah kelab bola sepak di China didenda sebanyak 30,000 yuan (RM17,700) kerana menggunakan ‘roh jahat’ untuk membantu mereka mengalahkan pasukan lawan dalam satu perlawanan, lapor portal berita South China Morning Post.

Changchun Xidu FC yang bermain di divisyen ketiga China, didapati bersalah kerana meletakkan kertas azimat di bilik persalinan Shanxi Chongde Ronghai sebelum perlawanan di tempat sendiri.

Changchun Xidu memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0.

Penggunaan azimat kertas yang dikenali sebagai ‘fu’ dalam bahasa Cina, adalah amalan Tao yang dipercayai menggunakan tenaga roh untuk membawa hasil yang positif.

Namun, mengikut kepercayaan ajaran itu, ia juga boleh disalahgunakan untuk membawa kemudaratan atau kemalangan.

Tangkal kuning yang diletakkan di bilik persalinan Shanxi menyebut bahawa pasukan itu akan gagal.

“Persatuan Bola Sepak China dengan tegas dan serius akan menangani semua jenis pelanggaran peraturan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI