fbpx

Kebakaran dahsyat marak di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dari udara menunjukkan asap tebal akibat kebakaran hutan menjulang di wilayah pesisir pantai Latakia, Syria kelmarin. – AFP

DAMSYIK –  Kebakaran hutan di wilayah pesisir Latakia, Syria memusnahkan kawasan seluas 100 kilometer persegi dengan pasukan bomba Jordan tiba untuk membantu memadamkan api yang marak selama empat hari.

Pekerja kecemasan di Syria terpaksa bergelut dengan situasi sangat mencabar terutamanya cuaca panas terik, tiupan angin kencang dan kawasan pergunungan yang sukar untuk diakses.

Bencana itu berlaku ketika Syria berdepan ancaman sisa bahan letupan dan masih bergelut dengan keperitan kesan konflik berpanjangan serta krisis ekonomi yang melemahkan.

Menteri Kecemasan dan Pengurusan Bencana, Raed Al-Saleh memaklumkan di platform X bahawa  beratus-ratus  ribu pokok di kawasan hutan seluas kira-kira 10,000 hektar merangkumi 28 lokasi hangus dijilat api dan kini hanya tinggal abu.

Lebih 80 pasukan termasuk sejumlah besar anggota pertahanan awam telah dikerahkan  untuk memadamkan kebakaran.

Usaha  mereka disokong oleh pertubuhan serta penduduk tempatan selain bantuan tambahan daripada pasukan dan pesawat pemadam kebakaran yang dihantar oleh negara jiran, Jordan dan Turkiye.

Kebakaran yang marak merebak ke kawasan hutan dan ladang, memaksa penduduk di beberapa buah kampung berpindah termasuk mereka yang tinggal berhampiran sempadan Turkiye. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI