fbpx

Jabatan agama tahan ‘content creator’ buat aksi pondan di Banda Hilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI penguat kuasa JAIM menahan seorang pencipta kandungan lelaki yang berpakaian seperti wanita di sekitar Banda Hilir, Melaka awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang lelaki yang juga pencipta kandungan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dikesan berpakaian seperti wanita dan membuat siaran langsung di sekitar Banda Hilir, Melaka awal pagi tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Md. Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi oleh sepasukan pegawai selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.

“Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan didapati memakai blaus labuh berwarna ungu, lengkap dengan rambut palsu, sanggul, kasut wanita serta anting-anting.

“Kesemua barangan tersebut telah disita untuk dijadikan bahan bukti, manakala individu terbabit dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan dibuat, beliau memberitahu pengadu berasa tidak selesa dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai mempromosikan serta menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terbuka.

“Umat Islam dinasihatkan untuk tidak mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam serta menyentuh sensitiviti masyarakat negara ini.

“Tindakan sedemikian juga jelas melanggar undang-undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI