fbpx

Hujan lebat, angin kencang di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

“Cuaca buruk di Kedah dijangka berlaku di kawasan Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala bagi negeri Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak pula, cuaca dijangka buruk di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” katanya.

Selain itu, hujan lebat dan angin kencang di Kelantan dijangka berterusan di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Selain itu, di Terengganu yang dijangka terjejas seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin.

“Di Selangor, kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Hulu Selangor dan bagi Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” ujarnya.

Manakala, kawasan yang dijangka cuaca buruk di Sabah melanda di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI