fbpx

Guru wanita maut ditetak abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUARAN – Seorang guru wanita dibunuh kejam dipercayai oleh abang kandungnya yang mengalami masalah mental dalam kejadian di Kampung Tenghilan, Tamparuli di sini semalam.

Mangsa yang berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah di belakang rumah keluarganya dengan kecederaan parah di bahagian leher dan kepala.

Kedua-dua matanya juga didapati cedera teruk dipercayai akibat senjata tajam sebelum kejadian dimaklumkan ahli keluarga kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Tuaran Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, susulan itu pihaknya memberkas abang yang berusia 47 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai mengalami masalah mental dan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti motif kejadian. Bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan di Hospital Queen Elizabeth. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI