fbpx

[VIDEO] Keluarga menangis lihat mayat diangkat seorang demi seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam sekeluarga ditemui lemas dalam kereta. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

JITRA – Enam beranak yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri serta empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.

Pada masa ini, operasi mengeluarkan kesemua mayat mangsa sedang dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.

Sementara itu, ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian dilihat menangis apabila melihat jasad enam beranak tersebut diangkat seorang demi seorang.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan seorang wanita tidak menyangka pertemuan dengan abang dan keluarganya pada malam Jumaat lalu menjadi detik terakhir mereka bersama sebelum hilang tanpa jejak pada keesokan harinya.

Kehilangan pasangan suami isteri dan empat anak itu menimbulkan tanda tanya.

Ahli keluarga berusaha menjejaki keenam-enam mangsa sejak semalam setelah mereka dikatakan tidak pulang ke rumah di Jerlun.

Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an, berkata, abangnya, Mohd. Azim Ezzat, 32, bermalam di rumahnya di Taman Aman di sini bersama isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31.

Turut serta bermalam empat anak pasangan itu yang berusia 9, 8, 7, dan enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI