fbpx

Empat isteri penceramah bebas antara lima dirakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Lima individu termasuk empat isteri kepada penceramah bebas telah dirakam keterangan berhubung penyebaran video seks.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya juga mempunyai seorang saksi baharu bagi membantu siasatan.

“Proses siasatan masih dijalankan dan akan segera dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas malam ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menyiasat penceramah berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu yang mendakwa suspek telah menyebarkan video seks dirinya dan madu-madu lain.

Suspek telah dibebaskan jaminan polis selepas direman selama empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan tauliah mengajar agama penceramah itu telah ditarik semula pada 2022.  Lelaki itu juga pernah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI