fbpx

Anggota Jabatan Penjara ‘pegang’ bini orang dalam pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JASIN – Seorang anggota Jabatan Penjara direman dua hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul rakan sekerjanya yang berstatus isteri orang, Mei lalu.

Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek yang berusia 30 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, suspek ditahan di pejabatnya selepas polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut awal pagi semalam.

“Mangsa adalah rakan sekerja suspek berpangkat sarjan dan merupakan isteri orang.

“Kejadian terbongkar selepas mangsa menceritakan perlakuan suspek kepada suaminya ekoran tertekan kerana lelaki itu dikatakan sering menghantar mesej lucah,” katanya.

Berdasarkan laporan yang dibuat, suspek didakwa datang ke pejabat mangsa pada Mei lalu bagi urusan kerja sebelum memeluk dan meraba tubuh wanita berkenaan.

“Mangsa tidak menceritakan kejadian itu kerana bimbang akan berlaku pergaduhan antara suaminya dan suspek.

“Mangsa akhirnya membuka mulut apabila suspek dikatakan sekali lagi masuk ke dalam pejabatnya untuk berbual sebelum tiba-tiba mengurut bahunya sehingga membuatkan wanita itu berasa takut,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI