fbpx

Warga emas lemas ketika menyelam di Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Tioman di Rompin semalam.

ROMPIN – Kegembiraan seorang warga emas melakukan aktiviti menyelam bersama rakannya di Pulau Tioman di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas, semalam.

Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pesara tiba di Pulau Tioman kelmarin bersama 14 rakannya dari Singapura untuk beriadah di pulau peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, berdasarkan laporan mangsa, Low Choon Foi,72, telah turun ke pantai Kampung Paya di Pulau Tioman di sini untuk menyelam bersama seorang rakannya pada pukul 6.30 petang semalam.

“Kira-kira pukul 7.40 malam, kawan mangsa telah menemui mangsa berada di tepi pantai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dan mendapati mulut mangsa dalam keadaan berbuih.

“Kawan mangsa telah meminta bantuan pihak pengurusan resort untuk membawa mangsa ke Klinik kesihatan Kampung Tekek sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 9.20 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan berdasarkan pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa mendapati tiada unsur perbuatan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI