fbpx

Wajib jalani latihan semula jika lesen kenderaan perdagangan digantung – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly ketika ditemui pemberita semasa Majlis Penyerahan Lesen Program MyLesen B2 di Pusat Konvensyen MPAJ, Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung lesen vokasional mana-mana pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu merupakan langkah awal sebelum lesen dibatalkan sepenuhnya jika individu terbabit didapati bersalah atau menerima notis pelanggaran di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pembatalan lesen akan dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 56(4), Akta 333.

Beliau berkata, JPJ turut menetapkan syarat baharu bagi pemilik lesen vokasional yang digantung dengan mewajibkan mereka menjalani program latihan semula sebelum lesen diaktifkan kembali.

“JPJ akan menetapkan mana-mana individu yang lesen vokasional digantung, sebelum lesen boleh diaktifkan semula atau dikeluarkan daripada senarai digantung, perlu jalani dan lulus program latihan semula (refresher course),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Majlis Penyerahan Lesen Program MyLesen B2 di sini hari ini.

Tambahnya, program tersebut dilaksanakan di lokasi yang ditetapkan dan peserta akan dikenakan yuran bagi menampung kos tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bagi Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar, sebanyak 510 notis dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI