fbpx

[VIDEO] Jeritan woohoo! Allahuakbar lepas kereta dipandu laju terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai membantu mengeluarkan mangsa selepas kereta yang dia pandu terbalik di Senawang malam tadi.

SEREMBAN – Sebuah kereta dipercayai dipandu laju terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Persiaran 1, Senawang, malam tadi.

Menurut beberapa rakaman video yang tular di media sosial, insiden berlaku hanya beberapa meter dari lokasi nahas di persimpangan lampu isyarat Matahari Height yang mengorbankan tiga nyawa pada Mac lalu.

Orang awam dilihat membantu mengalihkan kenderaan terbabit bagi mengeluarkan pemandu, namun keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Sumber memaklumkan sebuah lagi kenderaan turut mengalami kerosakan, dipercayai akibat pelanggaran dengan kereta yang terbabas.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa sebelum kejadian berlaku, kenderaan berkenaan sedang berlumba, bagaimanapun pihak berkuasa belum mengesahkan maklumat tersebut.

Menerusi video klip tular di media sosial, ketika kejadian, kedengaran jeritan ‘wohooo dan Allahuakbar’ daripada orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

@thereportermy Sayangilah nyawa anda #insiden #keretaberlumba #thereportermy #senawang #fyp ♬ original sound – The Reporter

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI