fbpx

UMNO tidak bergerak solo, kekal kerjasama dengan PH pada PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Lumut hari ini.

LUMUT – UMNO tidak akan bergerak solo sebaliknya terus memperkukuh kerjasama dengan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun akan bertanding menggunakan logo dacing, ia tidak bermakna UMNO memutuskan kerjasama dengan parti komponen lain dan PH.

Katanya, pendekatan politik kerjasama perlu diteruskan demi memastikan kemenangan yang lebih besar dan kestabilan politik pasca PRU-16.

“Selama ini (PRU-15), kita bertanding secara solo dan keputusannya di Perak, kita hanya menang di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala sebanyak 30 kerusi Parlimen.

“Ketika itu, kita melihat perkiraan bahawa kita perlu bertanding secara solo dan kita kalah. Jadi, apa salahnya jika dalam PRU akan datang, kita terus menyantuni rakan-rakan di dalam BN dan PH,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI