fbpx

‘Rumah saya!’ – Mingyu terkesima peminat wanita ajak balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mingyu muncul di sebuah acara di Sunway Pyramid semalam, sehingga membuat ramai yang tidak keruan.

PETALING JAYA – Fenomena luar biasa tercetus dengan kehadiran ribuan peminat apabila anggota kumpulan Seventeen, Mingyu muncul di sebuah acara di Sunway Pyramid semalam, sehingga membuat ramai yang tidak keruan, lebih-lebih lagi apabila seorang peminat mengajaknya pulang ke rumah sebagai cadangan tempat menarik untuk dilawati.

Ketika pengacara majlis meminta cadangan lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur untuk dilawati oleh idola K-pop berusia 28 tahun itu, seorang peminat wanita mencuri tumpuan apabila mencadangkan rumahnya sendiri sebagai destinasi pilihan.

“Rumah saya!” teriak salah seorang peminat.

Reaksi spontan itu turut disambut dengan gurauan bersahaja daripada Mingyu.

“Rumah awak? Rumah ‘Wagyu’ (Wanita Mingyu)?” usik Mingyu seraya merujuk kepada julukan baharu yang diberikan kepada peminat wanitanya.

Kunjungan Mingyu yang cukup dikenali menerusi lagu Bittersweet ke Malaysia merupakan sebahagian daripada siri lawatan promosi jenama antarabangsa yang diwakilinya.

Keterujaan peminat terserlah apabila ada yang sanggup menunggu sejak awal pagi demi peluang melihat idola kesayangan mereka dari dekat di pusat beli-belah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI