fbpx

Punca kematian Firos akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham dilaporkan rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan membabitkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena aksi empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir - Foto tular laman sosial

LUMUT – Punca kematian bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini semalam, akibat serangan jantung.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, Allahyarham Firos meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Seri Manjung pada pukul 10.23 malam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya di sini hari ini.

Allahyarham Firos akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang selepas solat zuhur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI