KLANG – Kerajaan negeri kini dalam fasa akhir meminda Undang-Undang Kecil (UUK) 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya Hari Tanpa Beg Plastik boleh dilaksanakan secara meluas di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua PBT akan dipanggil untuk diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum usul meminda UUKdibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
“Kita tidak boleh pinda UUK sesebuah PBT sahaja, tapi kena pinda UUK semua PBT sekaligus.
“Tapi tidak sempat kita nak pinda UUK pada sidang DUN kali ini, sudah banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya pada Program Kempen Bebas Plastik Siri 2, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE