fbpx

Penceramah bebas ditarik tauliah mengajar, pernah ditahan JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas yang disiasat berhubung kes penyebaran video seks isteri-isterinya telah ditarik semula tauliah mengajar agama dan pernah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, pihaknya merujuk kepada berita yang tular baru-baru ini berkaitan penahanan seorang ‘ustaz’ oleh polis kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah.

Jelas beliau, MAIS telah menarik balik tauliah mengajar agama individu itu pada 2022.

“Suspek juga pernah ditahan oleh JAIS pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah yang menyalahi Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Kes tersebut masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah dan seorang individu yang juga salah seorang pentadbir surau turut disiasat kerana disyaki menyebabkan ceramah tanpa tauliah itu berlaku,” katanya hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis menyiasat penceramah berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan polis daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

Hasil semakan polis di telefon bimbit suspek menemukan beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan gambar wanita lain dalam keadaan mengaibkan.

Kata Salehuddin, MAIS sejak 2022 telah menarik balik tauliah mengajar agama 35 individu kerana beberapa kesalahan antaranya melibatkan perlanggaran syarat tauliah mengajar, melakukan pengajaran bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melakukan jenayah dan memegang jawatan dalam politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI