fbpx

Ke mana enam beranak menghilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam beranak yang dilaporkan hilang sejak semalam.

JITRA – Seorang wanita tidak menyangka pertemuan bersama abang dan keluarganya pada malam Jumaat lalu menjadi detik terakhir mereka dilihat sebelum menghilang tanpa jejak keesokan hari.

Wanita berkenaan, Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an, berkata, abangnya, Mohd. Azim Ezzat, 32, bermalam di rumahnya di Taman Aman, di sini bersama isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka yang berusia 9, 8, 7 tahun dan enam bulan.

“Mereka selalu datang bermalam di sini. Biasanya pagi-pagi mereka akan terus pulang ke Jerlun sebelum abang masuk kerja. Namun pagi itu, pada pukul 5.30 pagi saya dapati abang dan keluarga sudah tiada. Sesiapa mempunyai maklumat boleh menghubungi Nur Adliah di 011-6440 8196 atau 011-6081 6922.

“Awalnya, saya menganggap mereka pulang seperti biasa tetapi apabila mak mentuanya menelefon bertanya kenapa mereka belum pulang lagi ke rumah, saya jadi cemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kereta yang dinaiki enam beranak sebelum dilaporkan hilang sejak semalam

Nur Adliah Shuhada berkata, keluarga tersebut kali terakhir dilihat memandu kereta Proton Saga berwarna kelabu dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jitra, namun pencarian masih diteruskan di sepanjang laluan yang sering dilalui keluarga itu terutama berhampiran Sungai Korok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI