PETALING JAYA – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) telah membuka cawangan pertamanya di Sabah, satu pencapaian yang signifikan dalam perkembangan syarikat di Malaysia Timur.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ikhlas Kamarudin berkata, pembukaan cawangan ini seiring dengan permintaan yang tinggi daripada pasaran di Sabah dan dengan pembukaan cawangan ini membuktikan komitmen syarikat untuk menyediakan pakej serta pengalaman umrah yang paling mesra bajet, lengkap dan selesa.
“Permintaan di Sabah, khususnya di Tawau, adalah sangat tinggi dan terima kasih kepada para Sahabat (ejen) kami yang berdedikasi, kami telah berjaya mencapai misi untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih mudah diakses oleh masyarakat setempat.
“Kami di ikhlas.com begitu peka dan teliti dalam proses pemilihan dan pembukaan cawangan ini bagi memastikan dapat menyediakan perkhidmatan terbaik pada komuniti setempat dan seterusnya membantu para jemaah dalam memastikan niat mereka dalam mengerjakan ibadah umrah dapat ditunaikan.
“Kami juga berhasrat untuk terus melebarkan sayap di beberapa lokasi dan sedang dalam proses penelitian untuk membuka cawangan seterusnya,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Cawangan ikhlas.com di Tawau menawarkan akses mudah kepada pelanggan dengan lokasinya yang strategik, kemudahan mesra OKU, ruang letak kereta yang luas serta ruang yang selesa untuk tetamu. -KOSMO! ONLINE