fbpx

EPL: Man. United ambil langkah mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan membuat langkah mengejutkan apabila mengintai penyerang berpengalaman, Dominic Calvert-Lewin yang kini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Everton.

Pemain berusia 28 tahun itu, menjadi sasaran baharu buat pengurus United, Ruben Amorim, yang kini dalam usaha menyusun semula jentera serangan Red Devils menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut sumber terdekat kelab itu, pihak pengurusan sudah pun menghubungi bekas penyerang Toffees itu bagi membincangkan perpindahan mengejut dari Merseyside ke Old Trafford.

Difahamkan, Amorim mahu menambah kekuatan serangan walaupun United telah berjaya mendapatkan Matheus Cunha dari Wolves dengan nilai £62.5 juta (RM361.10 juta) serta membida angka yang sama bagi penyerang Brentford, Bryan Mbeumo.

Ketika ini, United bersedia melepaskan khidmat pemain di jentera serangan mereka melibatkan Rasmus Hojlund, Marcus Rashford, Alejandro Garnacho, Jadon Sancho dan Antony.

Calvert-Lewin pernah mencuri tumpuan apabila meledak gol dengan jumlah dua angka dalam dua musim berturut-turut bersama Everton dari 2019 hingga 2021 sebelum berdepan masalah kecederaan.

United percaya pemain antarabangsa England itu memiliki kelebihan fizikal dan kepakaran menjaringkan gol yang tidak dimiliki dalam skuad sedia ada, menjadikannya calon ideal untuk peranan ‘penyerang ketiga’ dalam skuad Amorim.

Kontrak lumayan termasuk bonus penampilan dilaporkan sedang dirangka bagi memikat Calvert-Lewin agar menyertai skuad The Red Devils. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI