fbpx

Empat cedera gara-gara Perodua Myvi langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah Perodua Myvi melanggar lampu isyarat merah dan merempuh motosikal di persimpangan lampu isyarat Bukit Setongkol di Kuantan semalam.

KUANTAN – Tindakan sebuah kereta jenis Perodua Myvi melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh tiga buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Bukit Setongkol, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, kemalangan tersebut menyebabkan empat termasuk seorang kanak-kanak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berkenaan tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah.

“Kejadian menyebabkan tiga penunggang motosikal dan seorang pembonceng mengalami kecederaan.

“Kesemua penunggang dan pembonceng motosikal yang cedera menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI