fbpx

Cara Eyka Farhana pegang pisau, ‘confirm’ pandai masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eyka Farhana dipuji ramai apabila dilihat tidak kekok 'bersilat' di dapur.

KALAU sudah namanya selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi bualan ramai.

Itu yang berlaku pada Eyka Farhana selepas dia memuat naik video menyediakan ayam masak kicap untuk keluarganya. Paling mengundang perhatian adalah kemunculan suaminya, Akhyar Rashid yang turut membantunya memasak.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai komen lucu netizen selain meraih dua juta tontonan dalam TikTok.

Eyka juga meraih pujian ramai kerana dilihat tidak kekok berada di dapur termasuk dalam penyediaan bahan-bahan masakan.

“Kita dapat tengok Eyka memang tak kekok langsung pegang pisau dan memasak.

“Bertuah Akhyar dapat isteri macam Eyka. Susahlah nak buat resipi ini sebab tak ada suami nak tolong tumbukkan bahan!

“Cara dia pegang pisau potong bawang pun sudah boleh tahu pandai masak,” demikian antara komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI