fbpx

Bukan satu tapi dua basikal kena curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek mencuri dua basikal di halaman sebuah rumah kelmarin. - Detik

JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian ramai apabila dirakam mencuri dua basikal pada waktu awal pagi di sebuah rumah di Bogor, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Detik News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.14 pagi (waktu tempatan) di Kampung Cipeucang kelmarin. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit mencuri sebuah basikal yang diletakkan di halaman rumah sebelum beredar.

Dia kemudian kembali ke tempat sama dan mencuri sebuah lagi basikal. 

Ketua Polis Cileungsi, Komisioner Edison berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI