fbpx

Bintang poomsae dalam pembikinan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEI YEE berbangga kerana berjaya meraih pingat gangsa kategori senior pada usia 17 tahun. - IG YMYEE_18

BINTANG muda taekwondo poomsae negara, Yow Mei Yee merekodkan pencapaian membanggakan apabila meraih pingat gangsa kategori individu wanita bawah 30 tahun (B-30) pada Terbuka Austria 2025 di Vienna baru-baru ini.

Kejohanan itu turut menyaksikan penampilan pertama Mei Yee yang membuat debut dalam kategori senior dan acara freestyle Poomsae.

“Saya berbangga kerana telah memenangi tempat ketiga dalam kategori individu wanita B-30. Banyak perkara yang saya pelajari dan saya sedar perjalanan ini masih panjang,” katanya.

Selain kejayaan tersebut, Mei Yee turut meraih tempat keenam dalam acara freestyle Poomsae kategori individu wanita bawah 17 tahun (B-17).

Mei Yee  turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih kebangsaan, Yap Yiih Ting serta jurulatih dari Korea Selatan, Jin Jun Beom yang membimbingnya sepanjang tempoh persediaan.

“Saya amat berterima kasih kepada Taekwondo Malaysia (TM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), jurulatih dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya.

“Ini hanyalah permulaan dan saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam pertandingan akan datang,” katanya.

Untuk rekod, langkah Mei Yee ke pentas final terhenti selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, Eva Sandersen dari Denmark pada aksi separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN