BANGKOK – Seorang lelaki berusia 40 tahun di wilayah Nonthaburi ditahan polis selepas disyaki membunuh bapanya ketika mereka bertengkar mengenai kehilangan sebotol tin bir, lapor portal berita Must Share News hari ini.
Kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 27 Jun lalu di kediaman anak beranak itu.
Suspek yang dikenali sebagai Alongkot didakwa menyerang bapanya, Buncheurt, 63.
Dia didakwa menumbuk serta menendang wajah bapanya berkali-kali sehingga warga emas itu mengalami kecederaan parah.
Lelaki itu ditahan ketika sedang bertugas di sebuah syarikat keselamatan di daerah Huai Khwang, Bangkok. – AGENSI