fbpx

Belut berenang dalam perut pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor belut hidup ditemui dalam rongga perut ketika menjalani pembedahan. - Huaihua Daily

BEIJING – Sepasukan anggota perubatan di sebuah hospital di wilayah Hunan terkejut apabila menemui seekor belut hidup di dalam rongga perut seorang pesakit, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Pesakit berusia 33 tahun itu tiba di hospital dalam keadaan muka pucat, berpeluh-peluh, kesejukan dan mengadu mengalami sakit perut yang teruk.

Apabila melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT), doktor terkejut apabila melihat satu objek asing misteri yang kelihatan menembusi dinding perut, menyebabkan berlakunya rongga pada perut pesakit.

Ketika pembedahan dijalankan, pasukan perubatan terkejut apabila melihat seekor belut hidup sedang berenang di dalam rongga perut.

Dengan bantuan alatan khas, pakar berjaya mengeluarkan belut dari usus pesakit, manakala lelaki berkenaan pulih sepenuhnya tidak lama kemudian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI