fbpx

Banjir di Texas makin buruk, angka korban kini 43

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melihat kemusnahan akibat banjir kilat di Sungai Guadalupe di bandar Kerrville, Texas semalam. - AFP

AUSTIN, TEXAS – Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari 27 kanak-kanak perempuan yang hilang dari kem musim panas tepi sungai di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), selepas hujan lebat menyebabkan banjir besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.

“Kami telah menemukan 43 mayat mangsa di daerah Kerr. Antara mereka yang meninggal dunia adalah 28 orang dewasa dan 15 kanak-kanak,” kata Syerif daerah, Larry Leitha.

Beliau sebelum itu meletakkan jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 850 orang.

Ketika berucap pada sidang akhbar, Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, beliau memperluaskan pengisytiharan bencana negeri dan meminta sumber persekutuan tambahan daripada Presiden Donald Trump.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Kecemasan Texas, Nim Kidd, kru udara, darat dan air menyusuri sepanjang Sungai Guadalupe untuk mencari mangsa sama ada yang selamat atau tidak.

“Kami akan meneruskan pencarian sehingga semua yang hilang ditemui,” katanya.

Banjir bermula Jumaat lalu apabila hujan turun dalam kuantiti beberapa bulan, menyebabkan Sungai Guadalupe meningkat 8 meter dalam masa 45 minit.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran bahawa lebih banyak hujan diramalkan, manakala air yang melimpah boleh mengakibatkan banjir di sungai, anak sungai, dan lokasi rendah serta terdedah.

“Air mencecah atas pokok, kira-kira 10 meter atau lebih. Kereta dan seluruh rumah dihanyutkan air,” kata seorang penduduk tempatan, Gerardo Martinez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI