PONTIAN – Gara-gara tidak berpuas hati lelongan harga minuman keras yang ditawarkan penganjur, sekumpulan lelaki bertindak membaling kerusi ke arah pentas dalam satu majlis di sebuah dewan sekolah rendah di Pekan Nanas di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, susulan kejadian pada pukul 11.30 malam itu, polis menahan 18 lelaki berusia 17 hingga 48 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan terbabit.
“Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan menahan suspek-suspek. Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan berkaitan merusuh.
“Siasatan awal mendapati insiden pergaduhan tercetus apabila sekumpulan tidak berpuas hati dengan harga arak gang ditawarkan dalam acara lelongan dalam majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE