PETALING JAYA – Perdana Menteri hari ini meluangkan masa beriadah di sekitar kawasan penginapan di Capocabana.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di laman X berkata, beliau turut ditemani delegasi Malaysia untuk melakukan aktiviti itu meskipun jadualnya padat.
“Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.
“Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba di Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang akan berlangsung dari 6 hingga 7 Julai.
Pesawat sewaan khas Malaysia Airlines yang membawa beliau dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 4.40 petang) semalam. – KOSMO! ONLINE