fbpx

Wimbledon: Sabalenka puas singkirkan Raducanu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LONDON – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka menafikan kebangkitan Emma Raducanu di Wimbledon apabila mencatat kemenangan straight set 7-6 (7/6), 6-4 dalam aksi penuh dramatik di pusingan ketiga semalam.

LONDON – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka menafikan kebangkitan Emma Raducanu di Wimbledon apabila mencatat kemenangan straight set 7-6 (7/6), 6-4 dalam aksi penuh dramatik di pusingan ketiga awal pagi tadi.

Biarpun Sabalenka beraksi di hadapan lebih 15,000 penonton tuan rumah, ia ternyata tidak mematahkan semangat pemain No. 1 dunia itu untuk menamatkan saingan berlangsung selama dua jam itu sekali gus mara ke pusingan keempat.

Bagaimanapun, Sabalenka memuji bintang tenis Britain tersebut yang mempersembahkan permainan cukup berkualiti.

“Perlawanan hari ini sungguh luar biasa terutama sorakan padu penonton yang membuatkan telinga saya sakit. Setiap kali anda bersorak untuknya (Raducanu), saya cuba meyakinkan diri bahawa anda sebenarnya bersorak untuk saya.

“Emma (Raducanu) bermain dengan begitu hebat dan benar-benar memberikan tekanan kepada saya. Untuk menang perlawanan ini, saya terpaksa berjuang habis-habisan untuk setiap mata,” katanya.

Raducanu pula mengakui kekalahan itu sukar diterima, namun tetap berbangga dengan usahanya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada pemain terbaik dunia.

“Saya akan ambil masa beberapa hari untuk memproses kekalahan ini, tapi ia juga mendorong saya untuk terus bekerja keras.

“Saya tahu saya sudah hampir, cuma ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Saya akan kenang perlawanan ini sampai bila-bila. Saya bermain dengan cukup baik dan berdepan pemain terbaik,” jelasnya.

Hasil keputusan tersebut, Sabalenka akan berdepan wakil Belgium, Elise Mertens di pusingan keempat hari ini. – AGENSI

CAPTION

SABALENKA (kiri) berjabat tangan dengan Raducanu selepas tamat perlawanan antara mereka awal pagi tadi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI