fbpx

[VIDEO] Wanita tunggang motosikal lawan arus sambil guna telefon bimbit diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang penunggang motosikal menunggang secara melawan arus sambil menggunakan telefon bimbit di KM38 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Hutan Kampung, Alor Setar.

ALOR SETAR – Polis memburu seorang wanita yang menunggang motosikal secara melawan arus sambil menggunakan telefon bimbit di Kilometer 38, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Tol Hutan Kampung di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya mengesan insiden itu menerusi satu video tular di Facebook semalam.

“Dalam video berdurasi 23 saat tersebut, penunggang motosikal dipercayai seorang wanita berdasarkan pakaian warna gelap yang dipakai.

“Dia dilihat menunggang secara melawan arus menuju ke arah Jitra sambil memegang telefon bimbit tanpa menghiraukan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Kota Setar pada pukul 7.34 malam tadi untuk tindakan lanjut dan pihaknya sedang bekerjasama dengan PLUS untuk mengesan penunggang terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu dalam video berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kota Setar, Sarjan Mohd Khairulnizam Abdul Aziz di talian 011-2835 0767 atau Balai Polis Trafik Kota Setar di talian 04-732 1222,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI