PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu Perodua Axia yang melanggar sebuah Toyota Alphard di sebuah simpang jalan mencetuskan kemarahan ramai.
Menerusi satu hantaran video di TikTok milik pengguna @Pjajija, insiden itu dipercayai berlaku apabila pemandu Alphard terpaksa berhenti secara mengejut selepas kereta Axia tidak berhenti ketika berada di simpang.
Sebaliknya, kereta Axia berkenaan dilihat terus keluar simpang dan melanggar bahagian sisi Alphard hingga menyebabkan kerosakan calar pada bahagian depan kereta.
“Memang menyusahkan, sebulan kereta kat bengkel gara-gara orang tak bertanggungjawab macam ni, dia siap cakap ‘sorry (maaf) kak, tak perasan kereta akak’,” tulis pengguna berkenaan di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna menyatakan simpati dan turut berkongsi pengalaman serupa.
“Masalahnya dia dah langgar sikit tu terus menonong ke depan… pening fikir,” komen seorang pengguna, Pishak.
“Saya pernah kena macam ini. Orang itu keluar simpang, katanya dah tengok kiri kanan. Lepas tu salahkan kita pula kata bawa laju,” kata Yahhsam.
“Lah, punya besar kereta tu boleh kata tak nampak,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@pjajijamemang menyusahkan, sebulan kereta kat bengkel gara2 orang tak bertanggungjawab macam ni 🥵💆🏻♀️ (saya terpaksa tambah filterkan dashcam sebab nampak no plat nanti 😅)