fbpx

‘Tak kurung kucing, tiada penganiayaan, saya tak sekejam itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira Suhaimi menafikan tuduhan berlaku sebarang bentuk penganiayaan berhubung kucing di bawah jagaannya.

PETALING JAYA – Dituduh menganiaya haiwan gara-gara saiz sangkar baharu, penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan kurungan tersebut disediakan hanya untuk kucing jalanan tidur pada waktu malam.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 34, berkata, sejak setahun lalu dia menyediakan ruang khas di luar rumahnya selain memberi si comel tidak bertuan itu makanan tanpa mengurung mereka.

“Kucing-kucing itu bukan kucing saya beli untuk pelihara, tapi itu kucing liar yang tiba-tiba datang makan dekat rumah saya.

“Abang saya pun penat buat sangkar kucing, memang tak besar tapi saya buat supaya mereka ada tempat tinggal.

“Waktu siang saya tak kurung pun, mereka bebas. Saya tak pernah tutup sangkar itu. Saya tak menganiaya, saya tidaklah kejam,” katanya dalam perkongsian di TikTok.

Menurutnya, biarpun bukan haiwan peliharaan sendiri dia sanggup berbelanja besar bagi memastikan kebajikan makhluk Allah tanpa tempat berteduh itu terpelihara.

“Saya siapkan makanan kucing, sebulan dalam beratus ringgit juga habis.

“Kalau kucing-kucing itu sakit, saya bawa pergi ke klinik dan semua itu juga menelan kos beribu ringgit,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian ibu empat anak berkenaan sangkar kucing baharu mencetuskan perdebatan netizen di gelanggang media sosial.

Ada individu menyatakan kurungan tersebut terlalu kecil selain terdedah kepada cuaca panas dan hujan yang boleh memudaratkan haiwan berkenaan.

Terdapat juga pihak yang secara terang-terangan menuduh Adira menganiaya serta kejam terhadap kucingnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI