fbpx

Singa kejar wanita, kanak-kanak di jalan sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR singa mengejar wanita dan dua kanak-kanak di Lahore. - Foto X

KARACHI – Seekor singa peliharaan yang melarikan diri mengejar seorang wanita dan dua kanak-kanak di sebatang jalan yang sibuk di Lahore, Pakistan, kata polis semalam.

Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan singa itu melompat tembok sebelum menerkam mereka.

Polis menyiarkan rakaman  CCTV memaparkan singa itu melompat tembok di sekeliling rumahnya dan mengejar seorang wanita malam kelmarin. 

Berdasarkan rakaman CCTV,  haiwan itu  melompat dari arah belakang sebelum menerkam mangsa.

Laporan polis turut memetik kenyataan bapa kepada dua kanak-kanak perempuan itu.

Dia berkata, singa itu kemudian menoleh ke arah anak-anaknya yang berumur 5 dan 7 tahun dan mencakar lengan serta muka mereka.

Ketiga-tiga mangsa  dibawa ke hospital tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal.

Pemilik haiwan meninggalkan rumah itu tetapi polis berkata, tiga lelaki telah ditangkap.

“Suspek melarikan diri dari tempat kejadian, membawa singa itu bersama mereka. Mereka telah ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian,” kata pejabat Timbalan Ketua Operasi Am di Lahore. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI