fbpx

Sekolah saran belajar sambil menjerit, menari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar sedang berdiri sambil melaungkan bacaan dengan kuat. - QQ.com

BEIJING – Sebilangan sekolah menengah di China mengundang perhatian orang ramai apabila mengusulkan pelajar untuk belajar sambil menari atau menjerit bagi mencerdaskan minda, lapor laman berita South China Morning Post semalam. 

Rakaman video mengenainya menunjukkan seorang pelajar menggoyangkan badan dan melambaikan tangan sambil membaca buku teks. 

Sebilangan pelajar di sekolah lain pula belajar sambil berdiri. 

Malah, ada antara mereka berdiri sambil melaungkan teks atau membaca dengan nada yang kuat. 

Aktiviti itu dilakukan pada waktu pagi dan mengambil masa kira-kira 30 minit. 

Menurut pihak sekolah  yang menyarankan kaedah pembelajaran tersebut, cara sedemikian berkesan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar, mencerdaskan fizikal serta mental di samping memupuk kemahiran membaca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI