fbpx

Polis jumpa ular dalam seluar dalam dipakai lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai kastam menunjukkan tiga ular sawa yang disembunyikan di dalam pakaian dalam suspek. - Sutthiwit

BANGKOK – Seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan di Thailand kerana cuba menyeludup tiga ekor ular sawa dengan menyembunyikan reptilia itu di dalam seluar dalamnya, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Suspek yang dikenali sebagai Sheehan, diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dengan menaiki penerbangan Thai Airways sekitar pukul 12.06 pagi (waktu tempatan), Rabu lalu. 

Tangkapan itu dibuat selepas pegawai kastam menerima laporan risikan, demikian menurut Pusat Perisikan Jenayah Hidupan Liar. 

“Pemeriksaan latar belakang mendapati Sheehan memiliki rekod memperdagangkan pelbagai spesies hidupan liar. 

“Dia pernah ditahan atas kesalahan serupa di Colombo pada 2024,” kata pusat itu. 

Semasa kejadian, pegawai kastam meminta suspek menjalani pemeriksaan X-ray tetapi tiada barang haram ditemui. 

Mereka kemudian menjalankan pemeriksaan badan dan menemukan tiga ular sawa pada seluar dalamnya. 

Siasatan kes itu masih giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI