fbpx

Penceramah bebas disiasat kes sebar video ‘aib’ isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis menyiasat seorang penceramah bebas berhubung kes penyebaran video seks isteri-isterinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua suspek lelaki tersebut, pukul 12 tengah hari, 16 Jun lalu.

Katanya, pengadu mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madu-madu lain serta beberapa wanita lain.

“Bertindak atas siasatan, polis menahan lelaki itu selain merampas dua telefon bimbit dan satu komputer riba milik saspek.

“Hasil semakan di telefon itu menemukan beberapa video seks suspek dengan isteri- isterinya dan gambar wanita lain dalam keadaan mengaibkan,” katanya hari ini.

Menurut Mohd. Iqbal, lelaki itu direman selama empat hari sehingga hari ini dan telah diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan kes itu.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI