fbpx

Liga Malaysia sama ‘level’ EPL, guna bola rekaan Puma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik Active Sport, Murugeson Sithambaram (kanan) ditemui pada Pelancaran Bola Rasmi Liga Malaysia 2025/26, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Bahang saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin dirasai selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melancarkan bola rasmi musim 2025/26 iaitu Puma Orbita MFL 1 pada malam ini.

Lebih menarik, Liga M menjadi liga bola sepak pertama di rantau Asia yang menggunakan bola rekaan jenama sukan global Puma yang turut digunakan saingan utama di Eropah seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali) dan Liga Portugal.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya berbangga apabila produk jenama sukan global Puma menerusi Active Sports terus memberi kepercayaan kepada Liga M untuk memperkenalkan bola mereka yang turut digunakan di liga dan kejohanan utama di luar negara.

“Selepas tiga musim, kita dapat saksikan bagaimana bola Puma Orbita MFL 1 ini berjaya membantu pemain Liga Malaysia menyerlah di atas padang dengan prestasi terbaik sepanjang musim.

“Saya percaya kerjasama yang terjalin untuk tahun keempat berturut-turut ini bukan hanya membantu prestasi pemain malah meningkatkan lagi profil Liga Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, pemilik Active Sports Centre, Murugeson Sithambaram turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama buat kali keempat itu sambil mengharapkan ia dapat memberi satu kelainan kepada kelab yang bertanding.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MFL atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepada Active Sports untuk menyediakan bola Puma Orbita MFL 1 di setiap perlawanan Liga M membabitkan saingan Liga Super, Piala FA, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia musim ini.

“Sejak musim pertama sehingga kini, Puma sentiasa meletakkan aspek kualiti yang paling utama bagi memastikan setiap pasukan berpuas hati menggunakan bola ini di atas padang bagi perlawanan berintensiti tinggi.

“Apa yang penting, diharapkan penggunaan bola PUMA ini akan dapat membantu barisan pemain menampilkan prestasi hebat seiring dengan mutu dan kualiti yang ada pada bola ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI