fbpx

Lelaki warga emas maut jatuh tingkat empat pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.17 pagi itu, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang lelaki terjatuh dari bangunan di Pangsapuri Aman Height.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan.

“Petugas Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI