fbpx

Legenda Man. United pilih sertai Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEINZE

LONDON – Bekas tonggak pertahanan Manchester United, Gabriel Heinze mengambil keputusan luar jangkaan apabila menerima tawaran untuk menyertai musuh tradisi, Arsenal selaku penolong pengurus.

Jurulatih dari Argentina itu akan mengisi kekosongan ditinggalkan Calos Cuesta atas alasan mahu mengembangkan karier dalam bidang kejurulatihan selepas beliau bersetuju menyertai Parma sebagai jurulatih.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Heinze dan pengurus Arsenal, Mikel Arteta berganding bahu memandangkan kedua-dua individu itu pernah bergelar rakan sepasukan ketika di Paris Saint-Germain (PSG).

Arteta berkata, Heinze merupakan salah satu karakter yang menjadi contoh buatnya sejak bergelar pemain lagi, sama seperti tanggapannya kepada bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino.

“Selain Heinze, seorang yang sentiasa menjadi inspirasi kepada saya adalah Mauricio (Pochettino) kerana mereka berdua selalu ada memberi sokongan. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Kemasukan Heinze ke Stadium Emirates pasti memberi nilai tambah buat The Gunners, terutamanya pengalaman luas yang dimiliki selain pernah dilabel antara pemain pertahanan terbaik di Eropah.

Sebagai rekod, beliau bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada 2014 sebelum mula berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan dengan mengemudi Gody Cruz, Newell’s Old Boys, Argentinos Juniors dan Velez Sarsfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI