PETALING JAYA – Mesej ringkas yang ditampal pada belakang sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning mencuri perhatian ramai apabila pemiliknya memohon agar kenderaan lain tidak meletakkan kenderaan terlalu rapat di belakangnya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, kertas yang dilekatkan pada cermin belakang kereta tersebut memuatkan mesej ‘kereta saya manual, jangan parkir terlalu rapat ya. Saya perlukan ruang untuk undur’.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berseloroh dengan mesej berkenaan
“Kereta juga ada hati dan perasaan jangan terlalu rapat buatkan dia rasa tak selesa. Berilah dia ruang, betul tak,” kata Syah Romanza.
“Pemilik cuma cakap pasal parkir ja tetapi semua yang komen terus galau main perasaan,” seloroh Nurul.
“Jangan rapat-rapat kalau niat hanya untuk menyinggah,” komen Hazel. – KOSMO! ONLINE