fbpx

Hindari khurafat, jaga sensitiviti keluarga Nurly – Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (tiga dari kanan) menziarahi pusara Nurly di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Besut hari ini.

BESUT – Orang ramai yang menziarahi rumah dan kubur Allahyarham Nurly Sahirah Azman dinasihatkan agar menjaga sensitiviti keluarga dan menghindari perbuatan khurafat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mereka diharap tidak terlalu teruja sehingga melakukan perbuatan bertentangan dengan syariat.

“Minta sangat masyarakat jaga adab. Kita semua sayang Nurly, buat perkara-perkara disuruh agama dan doakan keampunan dosanya.

“Ambil ibrah (pengajaran) ziarah kubur orang yang Allah beri kelebihan ini, bukan ambil tanah kuburnya bawa balik rumah,” katanya ketika menyantuni keluarga Nurly Shahirah di Kampung Gong Pasir di sini hari ini.

Beliau menyantuni sebahagian keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dan cedera dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu menerusi program Ziarah Madani Peduli.

Mohd. Na’im berkata, ibubapa Nurly iaitu Azman Mohamed, 63, dan Kamariah Abdul Latif, 60, pastinya kurang selesa dan bersedih sekiranaya perkara khurafat melibatkan anak bongsu mereka berterusan selepas ini.

Beliau berkata, kedua-dua orang tua pelajar UPSI terbabit tidak mahu kebaikan dilakukan anak perempuan mereka sepanjang hayatnya tercalar ekoran perbuatan khurafat segelintir individu berkenaan.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan keluarga Nurly memutuskan untuk tidak menerima tetamu selama empat hari sehingga hari ini berikutan dakwaan berlakunya perbuatan khurafat mengambil tanah kubur gadis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI