fbpx

Hamas setuju gencatan senjata Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki meninjau kerosakan akibat serangan Israel di kem Al-Bureij, Gaza semalam. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Hamas bersedia memulakan perbincangan segera mengenai cadangan gencatan senjata dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Pengumuman itu dibuat selepas Hamas berunding dengan beberapa kumpulan pejuang Palestin lain dan sebelum lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Washington, Isnin ini.

“Pergerakan ini (Hamas) bersedia untuk terlibat segera  dan serius dalam kitaran rundingan mengenai  draf cadangan gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS) yang diterima daripada pengantara, kata kumpulan pejuang itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam yang merupakan sekutu Hamas berkata, ia menyokong rundingan  gencatan senjata itu.

Namun, ia menuntut jaminan Israel tidak akan meneruskan pencerobohannya selepas tebusan yang ditahan di Gaza dibebaskan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump ketika ditanya mengenai maklum balas Hamas itu  berkata: “Ia bagus. Mereka tidak memberi taklimat kepada saya mengenainya. 

“Kita perlu menyelesaikannya. Kita perlu melakukan sesuatu tentang Gaza.”

Konflik di Gaza bermula dengan serangan Hamas pada Oktober 2023 yang mencetuskan serangan besar-besaran Israel. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI