fbpx

Hakim Danish buru podium di Magny-Cours

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANISH

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli kini bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kejuaraan Dunia JuniorGP yang julung kalinya akan singgah di Litar Magny-Cours, Perancis bagi saingan pusingan ketiga hujung minggu ini.

Litar bersejarah yang mempunyai 17 selekoh itu bakal menjadi medan ujian sebenar buat Danish dan pasukannya, SIC Racing-MSI selepas menjalani sesi ujian tertutup dua minggu lalu bagi mengumpul data-data penting.

Danish, 17, yang kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 38 mata, berazam untuk merapatkan jurang 37 mata dengan pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte.

Menurutnya, Litar Magny-Cours menuntut aspek teknikal yang tinggi dan dia masih perlu mencari rentak serta tetapan jentera lebih sesuai.

“Litar ini agak teknikal dan saya masih perlu memperbaiki tunggangan. Harapan saya agar segala-galanya berjalan lancar minggu ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin meletakkan sasaran untuk melihat anak buahnya itu kembali menaiki podium.

Beliau yakin dengan motivasi dan kematangan dipamerkan pelumba muda dari Terengganu itu, selain percaya pasukan mampu menyediakan jentera yang kompetitif.

“Sasaran utama adalah untuk kembali ke podium. Dengan motivasi dan keyakinan Danish, kami akan berusaha sebaik mungkin menamatkan perlumbaan dengan cemerlang dan mengekalkan momentum dalam kejuaraan,” tambah Zulfahmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI