JITRA – Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di susur masuk Lebuh Raya Utara-Selatan di Bandar Darul Aman, di sini pada pukul 8.05 pagi tadi.
Kedua-dua suspek warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes jenayah dengan suspek berusia 41 tahun memiliki lebih 40 rekod jenayah lampau.
Berita lanjut menyusul.- KOSMO! ONLINE