fbpx

CWC: Real dilema pilih penyerang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL perlu membuat keputusan sukar dengan memilih sama ada Mbappe (kiri) atau Garcia dalam kesebelasan utama. - AFP

NEW YORK – Ketua jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso berdepan tekanan tinggi untuk membat pilihan terbaik menghadapi aksi suku akhir Piala Dunia Kelab menentang Borussia Dortmund di Stadium MetLife awal pagi esok.

Perhatian pastinya lebih menjurus kepada keputusan sama ada memilih Gonzalo Garcia atau bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe yang kini kembali cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Walaupun Mbappe memiliki reputasi besar sebagai bintang dunia, namun Garcia, 21, sudah terbukti berjaya memberikan impak besar kepada pasukan sepanjang kempen kali ini termasuk meledak gol kemenangan ke atas Juventus pada pusingan 16 terbaik.

“Kami kini berada dalam situasi getir, jika tewas kami terpaksa pulang lebih awal. Jadi kami memerlukan skuad yang lebih besar, namun tidak semua pemain akan bermain di setiap perlawanan.

“Saya gembira dengan apa yang dia (Garcia) lakukan kepada pasukan dan dia menunjukkan peningkatan. Pemain ini sudah biasa bermain, namun tidak dalam pertandingan ini tetapi saya tetap gembira dengan sumbangan semua orang,” kata Alonso.

Mengambil kira prestasi semasa, Garcia sudah menghadirkan kepuasan kepada peminat Real dan mungkin sukar untuk menyisihkannya menentang Dortmund.

Ramai penyokong berpendapat adalah tidak adil untuk mengetepikan Garcia selepas apa yang dilakukannya pada kempen kali ini selain dia juga kini berpeluang mengejar gelaran penjaring terbaik kejohanan.

“Mbappe bertambah baik dan kami akan terus memantau. Saya bercakap dengannya setiap hari dan dia akan bertambah baik menjelang aksi suku akhir nanti.

“Saya tidak akan berpihak kepada mana-mana pemain. Saya cukup mengenali Dortmund dan pemain mereka, jadi aksi suku akhir pasti perlawanan yang menarik dan kami akan pastikan kami bersedia untuk hadapinya,” jelas Alonso. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI