fbpx

CWC: Dortmund tak pandang rekod pertemuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOBE (tengah) tidak dapat beraksi menentang Real kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. - AFP

NEW YORK – Pengendali Borussia Dortmund, Niko Kovac cuba meredakan tekanan buat anak-anak buahnya apabila melabel Real Madrid sebagai pasukan pilihan untuk memenangi aksi suku akhir Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife awal pagi esok.

Berdasarkan rekod pertemuan, Real meraih kemenangan bersih ke atas Borussia Dortmund dalam empat pertemuan terakhir dengan kesemuanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Real adalah pasukan yang hebat dan memiliki pemain berkualiti di mana mereka bermain secara pantas. Secara asasnya kami melihat cara permainan yang cuba dimainkan Xabi Alonso sama dengan apa dilakukannya ketika bersama Bayer Leverkusen.

“Kami bukannya pasukan pilihan tetapi dalam bola sepak, kena turun beraksi terlebih dahulu. Jika kami mampu bermain seperti apa yang dilakukan pada babak pertama menentang Monterrey (pusinga 16 terbaik), bermakna kami ada peluang untuk menang,” kata Kovac.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di saingan UCL pada Oktober tahun lalu yang berakhir kemenangan 5-2 berpihak kepada Real.

Bagaimanapun, peluang untuk menyaksikan perhitungan dua beradik, Jobe Bellingham (Dortmund) dan Jude Bellingham (Real) tidak tercapai apabila Jobe dijatuhkan penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad kuning ketika aksi menentang Monterrey.

“Kita semua lihat dia (Jobe) kecewa tetapi dia dan abangnya masih lagi muda, jadi mungkin akan bertemu di pertandingan lain seperti di Liga Juara-Juara Eropah. Piala Dunia Kelab adalah pertandingan hebat dan pasti pemain lain akan menggalas tanggungjawab itu,” jelas Kovac.

Dalam masa sama, penjaga gol Borussia Dortmund, Gregor Kobel menuntut fokus lebih baik daripada rakan sepasukannya kerana menyedari kelebihan Real.

“Real memiliki ramai pemain berkaliber yang mampu menghadirkan situasi bahaya. Kami tidak boleh bertahan di garisan lebih tinggi, sebaliknya kami perlu mencari keseimbangan sepanjang perlawanan,” kata Kobel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI