fbpx

Cuaca buruk di Kedah, Perlis petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, negeri terlibat adalah Kedah, Perlis, Perak dan Sarawak.

“Di Kedah, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu

“Cuaca buruk itu turut menjejaskan seluruh negeri Perlis manakala Perak, kawasan yang berisiko adalah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Bagan datuk serta Hilir Perak,” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Sarawak di daerah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang (Lawas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI