fbpx

Cara Man. United ‘buang’ Rashford kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD tetap akan dijual dalam jendela perpindahan ketika ini meskipun dibenarkan menyertai pramusim pasukan. - AFP

MANCHESTER – Masa depan penyerang Manchester United, Marcus Rashford dalam pasukan itu semakin kelam selepas jersi No. 10 miliknya diserahkan kepada penggempur baharu, Matheus Cunha.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah tidak beraksi bersama United sejak Disember tahun lalu dan dia menghabiskan separuh musim 2024/25 bersama Aston Villa secara pinjaman.

Rashford juga sudah dimaklumkan oleh pengurus, Ruben Amorim supaya menangguhkan dahulu hasratnya untuk kembali ke pusat latihan kerana kelab sedang berusaha mencari kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, dia yang dilaporkan sudah tidak bertegur sapa dengan Amorim sejak Januari lalu didakwa sedia untuk kembali ke Carrington bagi menyertai latihan pramusim dan merebut tempat dalam pasukan.

Pemain-pemain United dikatakan akan mula melaporkan diri ke pusat latihan bermula esok sebelum berlepas ke Chicago, Amerika Syarikat bagi mengharungi tiga perlawanan pramusim di sana.

Selain Rashford, empat ‘pemain buangan’ lain termasuk Antony, Jadon Sancho, Alejandro Garnacho dan Tyrell Malacia turut diberikan masa rehat tambahan bagi mencari kelab dan menyelesaikan urusan perpindahan.

Terdahulu, Villa mengambil keputusan untuk tidak membayar £40 juta (RM230.54 juta) bagi menjadikan Rashford sebagai pemain tetap sehingga memaksanya mencari kelab lain yang berminat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI